Bismillahirrahmanirrahim..
apa yang sedang menganggu fikiran ku sekarang ini?
apa yang sedang aku fikirkan?
apa yang sedang aku risaukan?
apa yang bakal aku hadapi selepas ini?
mengenali seseorang itu hanya pada luaran sudah cukup untuk aku menilai sejauh mane kejujuran yang ditunjukkan padaku. sejauh mane keikhlasan untuk menjadikan diri ini sebagai sahabat dikala suka dan duka. apakah persoalan ini sering menganggu aku sehingga emosiku sering dicabar?
persoalan silih berganti yang pasti jawapannya hanya ALLAH s.w.t saje yang maha mengetahui.kuatkah aku untuk terus berada dalam kepompong dan gelumang orang-orang sebegini?hanya mengejar kebendaan keseronokkan dan kemewahan? layakkah aku berdiri dan duduk setaraf kalangan mereka yang sebegini?
ternyata aku hanyalah insan yang serba kekurangan dan yang pasti aku hanya memiliki Mu Ya Allah. tidak memiliki apa saja kelebihan malahan sering dipandang rendah oleh mereka-mereka yang mempunyai keistimewaan. walaupun gamaknya sama tapi disebabkan buta dengan kebendaan dihulur sedikti kemewahan yang kekurangan ditinggal-tinggalkan. jelingan mata sebelah pon tidak lagi dihiraukan malahan apa sekali bantuan yang ingi dipohon juga tidak dihulurkan.
sesungguhnya aku hanya memiliki-Mu Ya Allah...berilah aku kekuatan mental dan fizikal supaya aku dapat mengharungi liku-liku perjalanan pengajian ku pada tahun ini dengan hati yang tenang dan lancar segala urusannya. InsyaAllah hanya pada-Mu ku berserah sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment